Monday, December 19, 2011

Minta Maaf

Bertemu kita kembali~ Assalamualaikum. Lama tak berupdate blog ni.

Tak tau nak update ape. Kalau dulu rajin la nak update, tapi sekarang rasa macam buntu je. Dah tak de idea.

~~~~~~~~~~~~~~

3 Hari ni betapa kat rumah je. Ingat nak rehat sepuas²nya setelah jatuh menyembah bumi khamis lepas. Masih berbekas luka di kepala lutut dan terasa sengal² kat pinggang ni. Ingat nak rehat² dan memanjakan diri , tapi nama pun duduk rumah. Mana lah dapat rehat sangat. Melayan kerenah si Putri yang makin membesar dan panjang akal tu.

Waktu tidur tak yah citer lah. Rasa nya kebanyakkan budak mmg mcm itu kot. Tapi susah² nak tido pun, kalo tgk org lain tidur,wiya baik..baring² sampai tertidur sendiri. Tak de lah byk ragam pun. Bonda siap pesan "kalo wiya nak main, main elok². Jangan kacau bonda tidur. Kalo ader pape atau nak susu, baru kejut bonda. Faham tak?" Wiya akan jawap "okay, faham."

Hahahaha~ tapi bonda kalo dapat tidur, harapan lah nak bangun balik. :p Siap si wiya mendayu-dayu nangis sambil bebel " bonda tak sayang wiya, wiya tak de kawan.. wiya nak susu". Hahahaha~ sayup² je dengar. Kkdg saje je bonda pekakkan telinga. Suka dengar wiya majuk mcm tu.

Petang semlm plak, wiya meragam. Sikit² nangis. Sikit² merajuk. Sampai hati bonda jadi batu. Bonda wat tak tahu je. Malas nak layan. Wiya tarik² tangan bonda, meraung². Bonda wat dek je. Giler keras hati bonda kan. Time yang paling bonda tak tahan bila wiya cium tangan bonda sambil nangis² pastu cakap " wiya minta maaf..." pergh..sentap jap bonda. Bonda tanya. "Apa, bonda tak dengar" tuk kepastian. "Wiya minta maaf..." . Rasa bonda plak yang nak nangis. Bonda peluk wiya. Bonda cakap "Tak pe. Wiya jgn nangis² n nakal² lagi tau." .

Dan pagi tadi, tak sampai hati nak tinggal kan wiya kat rumah. Nangis² tak kasi bonda g kije. Aduhai, ni baru sorang anak. Yang dalam perut ni belom keluar lagi.

:: "Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah"


Tuesday, November 29, 2011

30 weeks

Syukur alhamdullilah. Masuk minggu ke 30 sudah. Rasa macam first pregnant la pulak. Keterujaan lebey skit. Allah s.w.t memberi aku peluang yang sangat berharga kali ni untuk aku merasai membawa perut yang besar dan merasai baby gerak² dalam perut. Syukur.

Perut dah makin membesar.. Lilitan 38cm. Masih tak g scan lagi. Baby pun bergerak cergas dalam perut sampai bonda nya ni tak boley tidur malam. Dah mula sakit belakang, kerap buang air kecil dan perut rasa macam kembung je, mungkin banyak angin agaknya kan.

Berat pun dah naik hampir 10kg. Sekarang dah 61kg. Glup..boleh ke turun balik berat ni nanti ye?! Harap semuanya dilindungi dan dipermudahkan. Amin~


Monday, October 31, 2011

Tak sabar..

Alhamdullilah.. hari ini masuk minggu ke 26. Berdebar teramat sangat sebab Kakakwiya dilahir kan masa kandungan bonda 29 minggu. Ada kebarangkalian 50 -50 tuk melahirkan baby pramatang lagi. Tapi bonda berdoa moga kali ini bonda dapat menikmati nya sehingga 38 - 40 minggu.

Setakat ini kandungan bonda tidak mengalami masalah sangat cuma ader komplikasi Anemia je. Sedang berusaha untuk menambahkan darah dalam badan dan makan makanan yang seimbang, minum susu, makan vitamin B Complex, Folic Acid, Obimin dan juga Iron tablet.

Jantina baby tak dikenalpasti lagi. Tapi ramai yang kata girl. Bonda tak kisah boy or girl, yang penting baby sihat hendakNya.

Bila baca blog kawan² yang dah bersalin, rasa macam tak sabar pula nak menempuh alam itu kembali. Nak berkepit ngan baby. Best nya bau baby...

* Saat bonda mengandungkan kakakWiya dulu, minggu ke 26 ni dah start bleeding dan duk betapa kat hospital. Moga kandungan kali ini berjalan lancar dan tidak mengalami apa² masalah.


Tuesday, September 27, 2011

Hari Raya II

Orang lain berduyun-duyun entry pasal hari raya ni. Hahahaha~

Hari-hari terakhir Syawal ni, baru la nak g beraya. Itu pun satu rumah je.. Rumah penulis Novel Ramlee Awang Murshid. Sesat bagai, sampai terpaksa guna khidmat GPS ;p . En driver dah 2 kali pergi pun leh tak ingat jalan. Apalah...

Whilea sangat suka dan enjoy. Bermain tak ingat. Sampai tersungkur jatuh, nangis kejap lepas tu sambung balik main. Abg baju oren tu lah yang suka layan wiya.. sebenarnya wiya yang mulakan dulu. Hahaha~ wiya kalau dengan dak lelaki senang je dia rapat. Mula-mula je malu-malu kucing, lepas tu hilang dah rasa malu.

Terima kasih abg RAM dan Kak Dayang yang sudi menyambut kedatangan kami.


Tuesday, September 20, 2011

GPS

GPS is a Global Positioning System. Hahahaha~

Pagi ni mengada sikit. G kerja menggatal guna GPS ni. Konon nak ikut jalan yang paling dekat ek KJ ni. Mula² nampak cam dekat, tulis kat situ 18km je.

Masuk lah KESAS, selalu ikut Federal je. GPS tu bawak ikut jalan yang memang tak pernah lalu pun. Lepas tol RM2.20 tu, keluar susur KINRARA masuk arr jalan PJU ke PJS lupa dah. Jalan dalam, konon takde dah kena tol RM1.60 tu. Tapi banyak sungguh lampu istarat dan simpang.

Di sebabkan tak familiar dengan jalan² kat situ, walaupun pakai GPS tu, masih boleh tersalah masuk simpang! walaaa....tak pasal² kena buat U-turn, kena redah jem dan kena bayar tol lebey. Hohohoho~ Padan muka.

Esok ikut Federal je arr..